Sunday, January 31, 2010

KEM HIMPUN PATRIOT NEGARA "1M BERHIMPUN"

Pada 31 Dis.09 hingga 2 Jan.2010, aku telah mnyertai kem Himpun yang diadakan di Kem Damai Beach Resort, Besut Terengganu. Kem ini disertai oleh 4 buah IPTA Pantai Timur iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Darul Iman (UDM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Peserta kem terdiri daripada berbilang kaum, bangsa dan agama. Kem ini diadakan bagi mengeratkan silatulrahim antara sesama masyarakat dan juga bangsa serta merapatkan yang jauh.
Sepanjang mengikuti kem ini, pelbagai kenangan, pengalaman serta pembelajaran yang tak dapat aku lupakan. Hari pertama kem, semua peserta dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Aku berada dalam kumpulan yang ke-3. Fasilitator kumpulan 3 ialah Encik Awang Kodin iaitu seorang pensyarah dari UMT. Pada hari pertama kem, telah dijalankan PDK1 (Perbincangan dalam kumpulan), kami mempelajari Evolusi Pembinaan Negara. PDK2, kami menjalankan perbincangan mengenai Perlembagaan Negara. Hari kedua pula, PDK3 iaitu Hubungan Etnik. Dalam PDK3 ini, kami mengetahui akan konsep sebenar 1Malayisa iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti(kesedaran). Dalam PDK4, kami mempelajari Sistem Politik Di Malaysia. Pada hari ketiga pula iaitu PDK5, kami berbincang mengenai Malaysia Era Globalisasi. Globalisasi merupakan dunia tanpa sempadan. Kita sebagai manusia perlu menerima globalisasi dengan cara yang betul. Dalam PDK6, perbincangan menegenai Kesedaran Ke arah Ketahanan Nasional. Dalam pdk ini, kami mempelajari pengertian sebenar patriotisme, nasionalisme, ideologi serta kronologi untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.
Dalam PDK itu juga, kami diberi soalan untuk dibincangkan seperti soalan "Aku Tahu". Dalam soalan itu, semuanya berkaitan dengan sejarah Malaysia. Hanya segelintir saja yang dapat menjawab dengan betul. Selepas menjawab soalan tersebut, barulah aku sedari bahawa banyak yang aku tak tahu sebenarnya. Bermula dari saat itu, aku mula bersikap lebih terbuka terhadap sejarah kerana tanpa sejarah siapalah kita.
Aktiviti riadah di kem tersebut diisi dengan pertandingan membina kerajaan pasir. Di mana, setiap ahli kumpulan perlu membina kerajaan mereka sendiri iaitu dengan membina pusat pemerintahan, bangunan serta yang berkaitan dengan kerajaan dengan menggunakan pasir pantai. Kami semua bersatu hati dalam menyiapkan kerajaan pasir kami.
Pada malam sambutan tahun baru, kami mengikuti tayangan filem Hati Malaya. Filem tersebut memang menyentuh perasaan kami kerana ia mengenai usaha-usaha serta pengorbanan orang-orang melayu serta penduduk tanah melayu dalam mencapai kemerdekaan.
Kem HIMPUN ini sangat memberi manfaat kepada semua peserta serta juga kepada diri aku sendiri. Aku lebih bersemangat menjadi rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment